LAPORAN KEWANGAN
LAPORAN BENDAHARI
PENGANALISAAN KEWANGAN KOPERASI TAHUN 2009
Prestasi Tahun 2009
Prestasi kewangan bagi tahun 2009 menunjukkan pencapaian yang memberansangkan.Faedah pendapatan pinjaman dan pelaburan tetap yang menawarkan pulangan yang baik dan memberi potensi kepada koperasi bagi menjalankan aktiviti perlaburan. Ekoran dari perkembangan ini koperasi telah berjaya mencebur dalam bidang perumahan di Kampung Buah Pala, Gelugor Pulau Pinang di mana potensi pertumbuhan dalam bidang perumahan banyak membantu peningkatan keuntungan. Oleh itu pelan strategik koperasi untuk memfokuskan terhadap aktiviti pinjaman dan pelaburan telah membolehkan anggota menikmatan kemudahan - kemudahan seperti dividen, dermasiswa, rawatan hospital, saguhati persaraan, khairat kematian dan lain-lain lagi.
Bagi tahun 2009 koperasi mencadangkan pembayaran dividen sebanyak 6.5%. Bagi memantapkan lagi kedudukan kewangan koperasi strategik utama adalah melalui antiviti pinjaman kredit, pelaburan dan perumahan yang menjamin kestabilan pasaran pada ketika ini dari faktor luaran.
Konsep perbelanjaan berhemah adalah satu matlamat yang diamalkan oleh koperasi bagi membendung perbelanjaan agar tidak keterlebihan belanja. Perbelanjaan bagi tahun 2009 RM 907,976.05
Seiring dengan pertumbuhan ekonomi,prospek pertumbuhan kewangan dalam koperasi masih memberangsangkan walaupun terpaksa bersaing dengan agensi-agensi kredit seperti bank dan syarikat kredit.Justeru itu,koperasi mengambil langkah bagi menambah lagi pendapatan daripada hasil-hasil projek perumahan, penyewaan Rumah Kedai, Rumah Peranginan dan Pembangunan Tanah Gelugor serta peningkatan dalam perniagaan menerusi anak Syarikat Angkop Sdn. Bhd yang telah diaktifkan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan memberi potensi yang baik dalam penambahan pendapatan koperasi.Pendapatan bagi tahun 2009 RM 2,252,260.92
Punca pendapatan utama Koperasi bagi tahun 2009 masih lagi disokong kuat oleh aktiviti pinjaman kepada anggota. Pendapatan tradisional ini masih lagi relevan dan manjadi teras pendapatan utama koperasi. Anggota Lembaga Koperasi akan terus mengekalkan pendapatan pinjaman kepada anggota sebagai sumber utama kerana pendapatan pinjaman ini membawa Koperasi ketahap yang selesa.Tindakan jangka panjang sumber menambah pendapatan ini perlu diteruskan memandangkan senario ekonomi Negara yang tidak menentu. Pendapatan ini akan meningkat pada tahun akan datang dan bergantung pada pinjaman yang dikeluarkan berasaskan kepada punca pertambahan yuran dan dana Kumpulan Wang Anggota.
